ini kali pertama setelah 15 tahun saya dan dia tak berjumpa.. tak bertegur sapa.. terputus hubungan pesahabatan dan apa saja yang sewaktu dengannya. memang tak sangka. dia add saya sebagai kawan d facebook juga pada tahun 2009.
ini terjadi kerana.. saya bersama anak-anak saudara saya ke Tesco Taiping untuk beli barang dapur. itu sudah menjadi aktiviti bulanan saya setiap kali hujung bulan untuk topup barang dapur mak.
on the way pulang, saya melalui kawasan rumah saya sekitar tahun 90-an dulu. terdetik pula dalam hati nak pergi tengok sekolah arab saya dulu. rupa-rupanya padang rengas dah banyak berubah. dan yang paling saya terkejut adalah rumah dia juga dah semakin besar. wah! hebat! sampai jalan nak masuk pn tak jumpa.
saya meneruskan perjalanan dengan singgah ke rumah kawan saya seorang lagi. ohh.. rupa2nya itu rumah baru. rumah lama dah drrobohkan akibat dari pembinaan landasan keretapi. disebabkan hari dah makin gelap, mak jah yang saya temui juga ceritanya dah semakin panjang.. saya minta izin untuk pulang.
malamnya terus saya ke facebook. mencari-cari nama si dia. ini lah post pertama saya dengan dia.
tak sangka kan?!!! so melalui perbualan diatas kami pun menukar nombor telefon.
satu malam.. sewaktu saya menjalankan aktiviti biasa bersama dengan kawan-kawan serumah untuk melepaskan gian karoke, nombor yang saya tak pernah ada , call. guess who? ya dia lah.. terkejut tapi mesti lah saya happy kerana kawan yang baik dari zaman sekolah rendah dulu yang call. bayangkan.. saya dan housemate ambil bilik untuk karoke selama 3 jam. tapi saya hanya luangkan masa 1 jam saja. mungkin disebabkan terlalu lama saya dan dia tak berbual terlalu banyak yang perlu saya update. dari zaman sekolah sehinggalah sekarang.
bayangkan.. saya classmate dengan dia hanya darjah 2 dan 3.. kemudian saya berpindah sekolah. ya zaman sekolah memang saya agak obses dengan dia. tapi malulah nak tunjuk. tapi saya selalu usaha nak duduk sebelah dia dalam kelas, dengan cara kena dapat 2 atau 1, jadi saya akan duduk sebelah dia dalam kelas. alhamdulillah, masih saya ingat ya.. memang saya duduk sebelah dia sebab dengan kedatangan saya ke sekolah tu.. kedudukannya dalam kelas berubah ke no.3... maaf ya awak! dia ni unik masa zaman sekolah. kalau tulis huruf O dan S, mest bermula dari bawah. itu yang saya paling ingat tentang dia. dia ni top sebab semua orang kenal dia sebagai anak org kaya. tapi saya pn tak tahu sebab masa tu kan kecik lagi. kaya ke tak ke.. saya mana peduli.. saya tahu saya nak main je balik sekolah pergi sekolah.
saya dan dia pun 1 sekolah arab. maksud saya sekolah agama. so memang banyak kenangan dengan dia. saya penah menyahut cabaran untuk merebut dia. yang kelakarnya dia tak tahu pn yang ada pertandingan macam tu untuk dia. hahaha. pertandingan tulisan siapa paling cantik. memang lawak masa zaman kanak-kanak dulu.
dari pokok ceri sekolah arab sampai lah ke gunung pondok yang makin tunduk tu.. semua nya kami bincangkan.
pertemuan di tangan Allah..
saya terfikir juga.. erm mungkin ini last dia call saya. bukan apa pun.. saja je mahu tanya khabar. lebih saya sedih bila dia cakap hanya nak habiskan minit bercakap plan telefonnya. jadi saya layankan saja. memang saya tak terfikir akan ada pertemuan kedua dengannya secara nyata. mungkin hanya di telefon saja.
bermula dari saat tu, selalu juga saya dan dia berhubung. tapi hanya di telefon.